Cari Ilmu. Kongsi Ilmu.
Rai Pahala.
Sistem Penjejak Belajar & Komuniti Noja Digital Malaysia
1. Cara Mencari Kuliah (Pengguna)
Gunakan enjin carian Penjejak Belajar untuk mencari taman-taman syurga di sekitar anda.
-
ACarian Pintar: Masukkan jenis pengajian (Fiqh, Hadis, Tauhid) atau nama penceramah kegemaran anda.
-
BCarian Lokasi: Taip nama bandar atau masjid (Cth: Cyberjaya). Sistem akan menyenaraikan kuliah yang paling dekat dengan anda.
-
CIkuti Masjid: Klik butang 🔔 Ikuti Masjid untuk menerima maklumat terkini terus ke profil anda.
2. Mengapa Anda Perlu Jadi Noja Digital?
Noja Digital adalah jantung kepada sistem ini. Tugas anda adalah memastikan maklumat kuliah sampai kepada ummah.
Setiap langkah jemaah ke kuliah yang anda lapor, pahalanya mengalir kepada anda.
Kumpul mata untuk ditebus dengan barangan eksklusif di Masjid.digital/shop.
Naik pangkat dari Noja Muda ke Noja Utama dan muncul di Papan Pendahulu.
Khidmat anda dipermudahkan dengan AI yang membantu membaca poster dan teks WhatsApp.
3. Langkah Berkhidmat Sebagai Noja
Sangat mudah! Tidak perlu menaip panjang, biarkan sistem kami bantu anda.
-
1Daftar: Pergi ke laman Daftar Noja dan cipta akaun anda.
-
2Lapor Khidmat: Tampal (Paste) info dari WhatsApp atau muat naik poster. Klik Extract dan biarkan AI mengisi borang untuk anda.
-
3Bina Profil Masjid: Input anda akan automatik membina profil masjid yang lengkap dengan pautan media sosial.
-
4Terima Ganjaran: Selepas admin meluluskan, 10 Mata Khidmat akan terus masuk ke akaun anda!
Sedia Untuk Berkhidmat Sebagai Noja Digital?
Sertai ratusan Noja lain dalam membina direktori ilmu terbesar di Malaysia.
Mula Berkhidmat Sekarang